DEFINISI DISIPLIN

DEFINISI DISIPLIN Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur lain yang mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, melawan guru, bersikap anti-sosial, bergaduh, membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan. Mengikut kamus dewan edisi baru terbitan dewan bahasa dan pustaka, Kuala Lumpur (1989) mendifinisikan disiplin sebagai "... latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya, hukuman atau denda akan dikenakan..." mengikut Barbara An Kipter, PHD dalam Roger's 21st Century Theasurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah "...latihan atau dendaan" ...