DEFINISI DISIPLIN
DEFINISI DISIPLIN
Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur lain yang mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, melawan guru, bersikap anti-sosial, bergaduh, membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan.
Mengikut kamus dewan edisi baru terbitan dewan bahasa dan pustaka, Kuala Lumpur (1989) mendifinisikan disiplin sebagai "... latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya, hukuman atau denda akan dikenakan..." mengikut Barbara An Kipter, PHD dalam Roger's 21st Century Theasurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah "...latihan atau dendaan"
secara ringkasnya, disiplin merupakan;
- Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan kehidupan.
- Kesanggupan seseorang murid menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak.
![]() |
Gambar1: Bersama Guru Disiplin SMK Sri Ampang, Ipoh. |
BLOG KUMPULAN: PENGURUSAN DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU MURID
OLEH :
BALQIS BINTI MD RODZI
D20191088714
Comments
Post a Comment